Tuesday, 15 November 2011

Kemenangan SISPA UMT peringkat kebangsaan kali ke-2 di USIM

Pada 9hb nov-12hb nov 2011, kor Sispa peringkat kebangsaan kali ke-2 telah di adakan di USIM. Terdapat 5 pertandingan yang berlangsung iaitu kawad kaki, score race, kemahiran menyelamat, kemahiran melawan kebakaran dan perawatan awal. Seramai 65 peserta dan 5 orang pegawai yang turut hadir di USIM.
 peserta sispa UMT

Tn.Kamal, Dato' Din, Jurulatih, Pegawai Muda n Ketua Sispa

Datuk Seri Hishammuddin juga turut hadir bagi merasmikan majlis penutup. Di sana turut hadir sispa dari IPTA/IPTS menyebabkan ramai peserta yang turut terlibat dan bertanding. Lebih kurang 13 team yang bertanding dalam satu pertandingan. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk membolot kesemua hadiah. Malangnya sispa umt tidak mendapat tempat dalam pertandingan menyelamat dan pertandingan perawatan awal tetapi yang menggembirakan apabila di umumkan pertandingan kawad kaki UMT JOHAN dan kemahiran melawan kebakaran UMT KETIGA.

 Team Kawad Johan

 
Kemahiran Melawan Kebakaran Ketiga

 
Bersama Datuk Seri Hishammuddin..menjadi kenangan terindah

explorace tidak kurang hebat nya..isma wakil dari explorace johan walaupun bercampur IPT

Cukup membanggakan anggota-anggota SISPA UMT. Penat lelah semua anggota mendapat hasilnya. sispa umt juga memenangi JUARA KESELURUHAN pada peringkat kebangsaan kali ke-2.
5 hadiah yang dapat dibawa pulang ke UMT


Sempat lagi skuad leader kawad si Nazrin di temuramah TV1

 Dato Din Mengambil hadiah keseluruhan...Memang Terbaikkkkk


  Kemenangan kawad kaki JOHAN disandang oleh SISPA UMT

Perasmian penutup di USIM


movie maker kenangan di usim


Pada kali ke-3 InsyaAllah akan di buat di UMT sendiri.. Semoga semua anggota SISPA UMT dapat bersiap sedia untuk menjaga kejuaraan masing-masing. Amin....

2 comments: